Tun Fatimah Bt Haji Hashim

Image

Tun Fatimah Bt Haji Hashim

Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Wanita Di Dalam Sejarah Malaysia
Kehidupan Peribadi    
Nama:   Fatimah binti Hashim
Tarikh Lahir:   25 Disember 1924
Tempat Lahir:   Kampung Parit Keroma, Muar, Johor
Keluarga   Berkahwin dengan Tan Sri Abdul kadir Yusof dan mempunyai enam orang anak

 

Pendidikan:

 

 

  • Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Keroma
  • Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor

Kerjaya:

 
  • Guru
  • Menteri Kabajikan Am(20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973)
Sumbangan:  

 

  • Menjadi guru ganti/ sementara di Sekolah Perempuan Mersing
  •  Membuka kelas dewasadi rumah beliau sendiri untuk membantu penduduk-penduduk yang buta huruf.
  • Ahli UMNO (1947)
  • Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu Kampung Nong Chik, Johor Bahru (1948)
  •  Penolong Setiausaha UMNO Cawangan Johor Bahru
  • Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi
  • Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu UMNO Johor (1951-1953)
  • Wakil Parti Perikatan (1955)
  • Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO (1956-1972)
  • Ahli Parlimen Kawasan Jitra/ Padang Terap
  • Naib Presiden UMNO (1963-1967)

 

Anugerah / Darjah Kebesaran

 

  • Bintang Panglima Mangku Negara (PNM) (31 Ogos 1958)
  • Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) (2003)
  • Anugerah Merdeka (Kategori Pendidikan dan Komuniti) (2009)

 

Meninggal Dunia   

   
Tarikh Meninggal : 9 Januari 2010
Tempat Meninggal : Kuala Lumpur (rumah)
Sebab - Sebab : Sakit Tua
Tempat Dikebumi : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur


Maklumat Tambahan:

Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah binti Hashim merupakan wanita pertama menjawat jawatan Menteri. Beliau memegang jawatan Menteri Kebajikan Am selama empat tahun. Beliau juga merupakan pengasas Hari Wanita di Malaysia dan banyak berjasa dalam memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (National Council of Women’s Organisations, NCWO). Beliau menerajui NCWO selama 24 tahun dan bersara pada tahun 1989.

Tan Sri Fatimah Hashim dan Datuk Paduka Hajjah Aishah Ghani, Bergambar bersama Kaum Ibu UMNO Selangor.

Tan Sri Fatimah Binti Hashim di Persidangan Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Kaum Ibu United Malays National Organisation (Umno), Malaysia Yang Ke-20.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman sedang menyampaikan pingat Bintang Panglima Mangku Negara kepada Fatimah Binti Hashim, di Upacara Penganugerahan Darjah-Darjah Dan Bintang-Bintang Kebesaran, yang bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.   

Penghormatan Terakhir kepada jenazah Allahyarham Tun Fatimah Hashim, turut hadir Perdana Menteri Dato' Sri Mohd.Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tun Fatimah Hashim, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di www.ofa.arkib.gov.my.

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Tun Fatimah Hashim yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.

Tajuk     : DRAF UCAPAN TAN SRI (DR.) FATIMAH BINTI HASHIM DI  MAJLIS JAMUAN MAKAN “MALAM KENANGAN ABADI”  SHANGRI-LA HOTEL KUALA LUMPUR, 18 MEI 1985

Sumber : Fatimah Binti Hashim, Tun Dr.

URL        :  http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/912376

Tajuk     : SEJARAH LISAN TUN FATIMAH HASHIM, NO. 1 JALAN BUKIT PANTAI KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2005

Sumber : Arkib Negara Malaysia, Jabatan

URL        http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1015465

Tajuk      : MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH WANITA: TAN SRI FATIMAH BINTI HASHIM

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Jabatan

URL       http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1171784

Tajuk     : TAN SRI (DR) HAJJAH FATIMAH BINTI HASHIM

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Jabatan

URL       http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/873295

Image