Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani

Image

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani

Tokoh Majlis Pelancaran Buku ‘PERTIWI': Sebuah Perjuangan' Majlis Pengkisahan Sejarah Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI)

Nama                        :     Aishah Binti Ghani

Tarikh Lahir             :     15 Disember 1923

Tempat Lahir           :     Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor

Meninggal Dunia    :     19 April 2013

Pendidikan               :  - Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor

- Sekolah Menengah, Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia (1936-1939)

- Maktab Perguruan Tinggi Islam, Padang, Sumatera Barat, Indonesia (1940-1943)

Kerjaya                     :   - Wartawan Pelita Malay

- Wartawan Berita Harian

- Penyunting Kumpulan Akhbar New Straits Times

- Menteri Kebajikan Masyarakat

Sumbangan             :   - Ahli Dewan Undangan Negara Wanita Pertama

- Wakil Wanita Malaysia ke Perhimpunan Agong Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersatu

- Pengasas Yayasan Kebajikan Negara

- Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

-  Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak

Politik                        :    - Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM)

 - Angkatan Wanita Sedar

- Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

- Ahli Majlis Tertinggi UMNO

- Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO

- Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Selangor

- Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

- Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO

Anugerah                 :   - Johan Mangku Negara (J.M.N)

- Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua (D.P.M.S)

- Panglima Mangku Negara (P.M.N)

- Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang, Universiti Sains Malaysia

- Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama (S.P.M.S)

- Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keterangan              :

Tan Sri Aishah Ghani tidak dapat dipisahkan dengan sejarah politik Malaysia. Penglibatan awal beliau dalam politik bermula dengan kerjayanya sebagai wartawan dalam Pelita Malaya, lidah rasmi Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan beliau telah mengetuai sayap wanita PKM yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Pada tahun 1949 beliau telah menyertai UMNO dan dilantik menjadi Setiausaha UMNO Kampung Baru. Beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan dan penyunting di beberapa syarikat akhbar tetapi telah mengundurkan diri daripada kerjayanya apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat sehingga tahun 1984.

Beliau juga merupakan antara tulang belakang kepada pertubuhan PERTIWI pada tahun 1967 bersama-sama Puan Azah Aziz, Datin Habibah Manan, Puan Sri Zaleha Abdul Jalil dan Dato’ Hajah Rahmah Abdul Hamid. Melalui perbincangan di antara mereka inilah, lahirnya idea bagi penubuhan sebuah badan bukan kerajaan bagi membela nasib kaum wanita Islam, kerana mereka merasakan penubuhan persatuan ini perlu pada ketika itu dalam membela nasib golongan tersebut. Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan PERTIWI, beliau tetap memberikan sokongan yang kuat dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan ini. Tan Sri Aishah Ghani disahkan meninggal dunia kerana sakit tua pada 19 April 2013 diusia 90 tahun di Hospital Gleneagles. Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.. Pemergian veteran UMNO allahyarham Tan Sri Aishah Ghani disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Penyerahan cek Derma Pertahanan Negara oleh Puan Aishah Ghani, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang, kepada Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri. 

Datin Paduka Hajjah Aishah Ghani sedang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

DYMM Sultan Selangor Sedang Menyematkan Pingat Kepada Datuk Paduka Aishah Ghani Dengan Diperhatikan Oleh DYMM Tengku Ampuan Selangor

Tokoh Sejarahwan Negara, Y.B. Tan Sri Dato' Seri Dr. Aishah Ghani di Majlis Pengisahan Sejarah Kemerdekaan "Jejak Pemimpin" di Kelab Shah Alam, Selangor.

Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di www.ofa.arkib.gov.my.

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.

Tajuk     : WOMEN IN POLITICS MALAYSIA, 2007

Sumber: Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Kementerian

URL      : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1206609

 Tajuk    :DIALOG EXCO PERGERAKAN WANIA UMNO MALAYSIA DAN PERLIS (DIKETUAI OLEH DATIN PADUKA HAJJAH AISHAH GHANI) DENGAN MUFTI DAN PEGAWAI-PEGAWAI DI JABATAN HAL EHWAL UGAMA ISLAM PERLIS DI BILIK GERAKAN NEGERI, KANGAR, PERLIS, 29 MEI 1980

Sumber: Aishah Binti Ghani, Datin Paduka Hajah

URL       : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1084911

Tajuk      : UCAPAN Y.B. DATIN PADUKA HAJJAH AISHAH GHANI MENTERI KEBAJIKAN AM, MALAYSIA DI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SELIAAN TELOK AIR TAWAR, 7 OKTOBER, 1978

Sumber  :  Aishah Binti Ghani, Datin Paduka Hajah

URL         http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1183805

Tajuk        :  WORKING PAPER ON WOMEN AND YOUTH IN DEVELOPMENT,  “INVOLVEMENT AND INTEGRATION OF WOMEN AND YOUTH IN DEVELUPMENT EFFORTS”, AS PRESENTED AT THE MEETING  OF ASEAN MINISTERS RESPONSIBLE FOR SOCIAL WELFARE  AT JAKARTA ON 18TH AND 19TH JULY 1977

Sumber    : Aishah Binti Ghani, Datin Paduka Hajah

URL           http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1082839

Image