Puan Hajah Habsah Hassan

Puan Hajah Habsah Hassan
Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah dan Pameran "Sudirman- Penghibur No.1 Asia"
Puan Hajah Habsah Hassan telah dilahirkan pada 28 Ogos 1949. Beliau mendapat pendidikan sehingga peringkat SC/MCE. Setelah menghabiskan pengajian beliau mula melibatkan diri di dalam penulisan skrip filem, TV dan radio iaitu sejak 1967. Pada tahun 1969 beliau menjadi penulis di Radio Televisyen Singapura secara sambilan sebelum berpindah ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai Pembantu Penyiaran pada 1973. Pada 1974-1980 beliau telah menjawat jawatan Penerbit Drama dan seterusnya dinaikkan pangkat kepada Ketua Penerbit pada 1980-1982. Pada 1983 pula beliau dilantik sebagai Penyunting Skrip selama setahun sebelum bertukar arah ke syarikat swasta.
Beliau menyertai Amir Communications Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif. Syarikat ini menjalankan aktiviti penerbitan filem dan video yang turut terlibat dalam penerbitan filem ALI SETAN 1 di mana beliau sendiri bertindak sebagai Penyunting Skrip/Pengurus Penerbitan (Script Editor/Production Manager). Pada Februari 1986, Puan Hajah Habsah Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Chah telah membuka syarikat beliau sendiri iaitu Serangkai Filem Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan dalam bidang penerbitan dan pengeluaran filem dan video. Pada tahun 1989, syarikat ini telah menerbitkan filemnya yang pertama iaitu HATI BUKAN KRISTAL. Dalam filem ini Kak Chah juga turut memainkan peranan sebagai penulis lakon layar.
Selain aktif di dalam penulisan skrip lagu dan filem serta penerbitan filem, Kak Chah terus berusaha memperbaiki kekuatan diri dan pengetahuan beliau dengan menghadiri pelbagai kursus atau seminar terutamanya yang berkaitan dengan dunia seni. Pada Jun 1979 beliau menghadiri SEMINAR ASEAN CULTURE di Jakarta. Beliau juga turut menyertai SEMINAR PENERBITAN FILEM & TV (FILEM & TV PRODUCTION) yang dikendalikan oleh FINAS pada Julai 1984. Pada Februari 1985 pula beliau menyertai program yang dianjurkan oleh American Salesmaster Malaysia Sdn. Bhd. iaitu CORPORATE MANAGEMENT PROGRAMME. Selain itu, bagi membina kekuatan semangat dan jiwa, Kak Chah turut menghadiri KURSUS BINA NEGARA PERDANA pada Oktober 1994.
Sepanjang kurang lebih 35 tahun Kak Chah menceburkan diri dalam dunia penulisan skrip dan perfileman tanah air, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diperolehi beliau. Pada peringkat awal pembabitan beliau iaitu pada tahun 1967, Kak Chah memenangi hadiah sagu hati di dalam pertandingan penulisan skrip drama yang dianjurkan oleh Malaysia Arts Theatre Group. Bermula dari sini, beliau mula mencipta nama dan terus memenangi pelbagai pertandingan yang disertai. Pada tahun 1973 beliau mendapat tempat ketiga di dalam penganugerahan penulisan skrip yang dianjurkan oleh RTM. Sepanjang tahun 1976-1983, beliau dianugerahkan PENERBITAN DRAMA TERBAIK oleh RTM sebanyak tiga kali. Pada tahun 1984 pula, beliau menerima anugerah GOLD DISC daripada syarikat WEA Records Production. Selain itu, beliau turut dianugerahkan PENULIS LIRIK TERBAIK untuk rancangan muzikal yang diterbitkan oleh TV3 pada 1987-1988.
Beliau juga menerima anugerah PENULIS TERBAIK di Festival Lagu Malaysia pada 1990 manakala pada tahun berikutnya, Kak Chah sekali lagi dianugerahkan PENULIS SKRIP TERBAIK melalui filem HATI BUKAN KRISTAL semasa Festival Filem Malaysia. Empat tahun kemudian beliau memenangi anugerah PENULIS LIRIK (LAGU) TERBAIK di dalam JUARA LAGU 1995 yang diterbitkan oleh TV3. Pada tahun 1995 juga, AVON/NCWO turut menganugerahkan WOMAN OF DISTINCTION 1995. Kak Chah juga mendapat anugerah bagi kategori LIRIK TERBAIK pada 1996 menerusi lagu CINTA BERALIH ARAH. Seterusnya pada tahun 1997, beliau menerima anugerah PENULIS LIRIK TERBAIK oleh MACP sebelum beliau mendapat anugerah SENIMAN SEPANJANG ZAMAN PAPITA KATEGORI PENULISAN LIRIK pada tahun 2000.
Memandangkan sumbangan dan kejayaan beliau di dalam bidang seni terutamanya penulisan lirik maka pada tahun 1990 beliau dianugerahkan Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPertua Negeri Melaka dan dalam tahun yang sama juga beliau menerima pinngat Ahli Mangku Negara (A.M.N) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kini beliau menetap di Taman Tun Dr. Ismail dan masih aktif dalam penerbitan filem dan penulisan lirik.