Datuk Aziz Sattar

Datuk Aziz Sattar
Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Filem Putus Harapan merupakan filem pertama lakonan Allahyarham pada tahun 1953 diikuti dengan filem Arjuna (1954), Bujang Lapok (1957-1961) dan Aksi Kucing (1966). Selain berlakon, Allahyarham juga aktif dalam bidang nyanyian bersama dengan Kumpulan Pancasitara yang turut dianggotai oleh Allahyarham P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor di awal tahun 1950an. Allahyarham juga berwibawa sebagai penulis skrip dan Pengarah filem Melayu. Allahyarham telah mengarah lebih daripada 10 buah filem antaranya Keluarga Comat (1975), Si Badol (1979), Penyamun Tarbus (penulis skrip dan pengarah) dan Da Di Du (Penulis skrip dan pengarah pada 1981).
| Kehidupan Peribadi | ||
| Nama | Abdul Aziz bin Sattar | |
| Tarikh Lahir | 8 Ogos 1925 | |
| Tempat Lahir | Surabaya, Indonesia | |
| Keluarga | Merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik beradik. Beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata hasil daripada lima perkahwinannya. |
|
| Pendidikan | Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura | |
| Kerjaya | Pelakon Pengarah, Penyanyi dan Penulis Skrip | |
| Anugerah / Darjah Kebesaran | Pelakon Komedi Kesukaan Ramai Akhbar dan Majalah di Singapura (1960) | |
| Filem Komedi Terbaik (Penyamun Tarbus) di Festival Filem Malaysia ke - 2 (1981) | ||
| Ahli Mangku Negara (1990) | ||
| Anugerah Seniman Veteran Lelaki di Anugerah Bintang Popular (2000) | ||
| Anugerah Artis Sepanjang Zaman (Lelaki) di Festival Filem Malaysia ke - 25 (2003) | ||
| Tokoh Budaya Koleh Burhanuddin Helmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2011) | ||
| Darjah Panglima Jasa Negara (PJN)(2007) | ||
| Meninggal Dunia | ||
| Tarikh Meninggal | 6 Mei 2014 | |
| Tempat Meninggal | Hospital KPJ Kajang | |
| Sebab - Sebab | Sakit Jantung | |
| Tempat Dikebumi | Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana |
Filem Putus Harapan merupakan filem pertama lakonan Allahyarham pada tahun 1953 diikuti dengan filem Arjuna (1954), Bujang Lapok (1957-1961) dan Aksi Kucing (1966). Selain berlakon, Allahyarham juga aktif dalam bidang nyanyian bersama dengan Kumpulan Pancasitara yang turut dianggotai oleh Allahyarham P. Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor di awal tahun 1950an. Allahyarham juga berwibawa sebagai penulis skrip dan Pengarah filem Melayu. Allahyarham telah mengarah lebih daripada 10 buah filem antaranya Keluarga Comat (1975), Si Badol (1979), Penyamun Tarbus (penulis skrip dan pengarah) dan Da Di Du (Penulis skrip dan pengarah pada 1981).
| Aziz Sattar di zaman kegemilangannya di era 1950an | |
| Aziz Sattar dan rakan artis yang lain bersama dengan Dato' Habibah Zon, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia di Majlis Pembukaan Semula Pustaka Peringatan P. Ramlee, Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur, 22 Mac 2002 | |
| Aziz Sattar menjadi salah seorang panel pembicara Bengkel Biografi Dan Teori Filem P. Ramlee Di Universiti Malaya pada 24 Jun 2004 | |
| Aziz Satar menceritakan pengalaman suka duka beliau bersama arwah Tan Sri P.Ramlee.di Simposium Karya Seni Seniman Agung P.Ramlee di Hotel Golden Palace The Mines, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 11-13 Jun 2002. | |
| Aziz Satar bersama rakan artis yang lain di Majlis Pelancaran Buku Berjudul Gelora pada 23 Ogos 1995. | |
| Aziz Satar dan Mustarjo dalam salah satu adegan filem Pendekar Bujang Lapok. |
Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Datuk Abdul Aziz bin Sattar anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di ofa.arkib.gov.my
.Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Datuk Abdul Aziz bin Sattar yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.
| Tajuk | TRANSKRIP TEMUBUAL DENGAN ENCIK AZIZ BIN SATTAR | |
| Sumber | Arkib Negara Malaysia, Jabatan | |
| URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/906972 | |
| Tajuk | AZIZ SATTAR - 19 MAC 1959, 19.03.1959 | |
| Sumber | Zainal Abidin bin Ahmad, Tan Sri (ZA'ABA) | |
| URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1198201 | |
| Tajuk | NA MEP 447: AZIZ SATTAR & DAYANG SOFIA, 19 OGOS 1971 | |
| Sumber | Penyiaran Malaysia Kawasan Selatan, Johor Bahru, Jabatan | |
| URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1208685 | |
| Tajuk | PENYAMUN TARBUS (REEL 23), 1972 | |
| Sumber | Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia | |
| URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/920813 |
