Datuk Punch Gunalan

Image

Datuk Punch Gunalan

Tokoh Pengkisahan Sejarah Piala Thomas
1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Kunallan @ Punch Gunalan a/l Panchachara
  Tarikh Lahir : 4 Februari 1944
  Tempat Lahir : Sepang
       
2. Pendidikan : Sekolah King george V, Seremban
      Kolej Teknologi Brighton, Sussex, england (1967)
       
3. Kerjaya : Pemain dan Jurulatih Badminton
       
4. Sumbangan : Juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan acara
      perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963)
       
      Juara Remaja Kejohanan Badminton Gabungan
      Asia (ABC), Kuala Lumpur (1962)
       
      Pingat Emas Acara Beregu di Sukan Asia (1970)
       
      Juara Beregu Campuran di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (1971)
       
      Mewakili Skuad Piala Thomas (1970 & 1973)
       
      Pingat Emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara
      beregu di Kejohanan Komanwel Christchurch, New Zealand (1974)
       
      Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia (1992)
       
      Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (1985 - 1997)
       
5. Anugerah / Darjah Kebesaran : Olahragawan Negara (1969 & 1974)
      Bentara Setia Diraja (1988)
      Panglima Setia Diraja (1992)
       
6. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 15 Ogos 2012
  Tempat Meninggal : Pusat Perubatan Subang Jaya
       
7. Maklumat Tambahan    


Datuk Punch Gunalan aktif dalam Asian Badminton Confederation (ABC) sebagai Setiausaha Agong Kehormat dan Naib Presiden bagi International Badminton Federation (IBF) dari tahun 1999 sehinggalah beliau meninggal dunia pada 2012. Beliau juga merupakan Tokoh Pengkisahan Sejarah Piala Thomas pada 27 April 2000 di Arkib Negara Malaysia.


Wajah ceria Datuk Punch Gunalan sewaktu mendakap Piala Thomas. Sementara itu Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah bersalaman dengan Razif Sidek sambil diperhatikan oleh seluruh barisan pemain badminton negara
Datuk Punch Gunalan bersama ahli panel yang lain di Majlis Pengkisahan Sejarah Sukan Badminton dan Piala Thomas pada 27 April 2000.

Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Datuk Punch Gunalan anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia di http://ofa.arkib.gov.my.

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Datuk Punch Gunalan yang terdapat di Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia.

1. Tajuk : SINOPSIS PEJUANG BANGSA, DATO' PUNCH GUNALAN T.T.
  Sumber: : Naharudin bin Haji Ali
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1028774
       
2. Tajuk : PROFIL DATO' PUNCH GUNALAN
  Sumber : Naharudin bin Haji Ali
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/837505
       
3. Tajuk : PERTANDINGAN AKHIR PIALA THOMAS, MALAYSIA LAWAN INDONESIA
      STADIUM NEGARA, KUALA LUMPUR, 16 MEI 1992
  Sumber : Naharudin bin Haji Ali
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1032005
Image