Tan Sri Dato' DR. Awang Had Bin Salleh

Image

Tan Sri Dato' DR. Awang Had Bin Salleh

Tokoh Pengkisahan Sejarah Maktab Pergurusan Sultan Idris (SITS) siri Kedua
1.Kehidupan Peribadi


Nama:Awang had bin Salleh
Tarikh Lahir:24 Jun 1934
Tempat Lahir:Kg Bagan, Pulau Betong, Balik Pulau


Pulau Pinang
Keluarga:Berkahwin dengan Puan Sri Salmah Abu Bakar


dan dikurniakan tujuh orang anak.



2.Pendidikan:- Sekolah Melayu Seberang Perak Laki - Laki, Alor Setar


- Sekolah Melayu Sungai Korok Lama, Alor Setar


- Sultan Abdul Hamid College


- Berjaya menduduki peperiksaan Lower Certificate


  Education pada tahun 1956, Peperiksaan Federal


  of Malaya Certificate of Education tahun 1957 dan


  Peperiksaan Higher School Certificate Tahun 1959


- Belajar sendiri untuk menduduki Peperiksaan LCE


  (akhir 1956), Peperiksaan MCE (akhir 1957) dan


  Peperiksaan HSC (akhir 1959)


- Universiti Malaya (1961 - 1964)


- Standford University (1969 - 1972)


  (Ph.D dalam Pendidikan dan Sosiologi)



3.Kerjaya:- Guru Pelatih (Sekolah Melayu Gunong, Kota Setar,


  Kedah, 1950)


- Guru (Sekolah Melayu Derga, Alor Setar,1954 - 1956)


- Guru (Sultan Abdul Hamid College, 1957)


- Penolong Pensyatah (Day Training Centre, Alor Setar)


- Pensyarah (Maktab Bahasa)


- Dekan Fakulti Pendidikan (Universiti Malaya)


- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (Univesiti Malaya)


- Pengarah ITM (1978 - 1980)


- Naib Canselor (Universiti Kebangsaan Malaysia, 1980 - 1984)


- Naib Canselor (Univesiti Utara Malaysia, 1984 - 1989)



4.Sumbangan:- Penulisan Kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi, 1954-1990)


- Penulis buku - buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah


  dan sekolah menengah.


- Penulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam


  bidang pendidikan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan.



5.Anugerah / Darjah:- Johan Mangku Negara (JMN) (1976)
Kebesaran
- Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) (1978)


- Panglima Setia Mahkota (PSM) (1982)


- Fellow ABE (UK) (1983)


- HonLLB (Brock) (1986)


- Distinguished Fellow ISIS (Malaysia (1990)


- Hon DLitt (Kebangsaan) (1997)


- Profesor Emeritus (Universiti Utara Malaysia) (1997)



6.Meninggal Dunia


Tarikh Meninggal:1 Julai 2013
Tempat Meninggal:Hospital Putrajaya
Sebab - Sebab:Komplikasi Paru - Paru
Tempat Dikebumi:Tanah Perkuburan Taman Selatan, Presint 20


Putrajaya



7.Maklumat Tambahan

 Allahyarham Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh memulakan pendidikan profesional beliau dengan Program Sijil Perguruan di Sultan Idris Training College pada 1951-1954 manakala pendidikan profesional kedua diperolehinya dengan mengikuti Program Sijil Pengajaran Bahasa di Maktab Bahasa dalam tahun 1985. Beliau turut menjadi tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) Siri Kedua di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra pada 22 Oktober 1998. Beliau meneruskan penglibatan dalam kegiatan kemasyarakatan selepas bersara antaranya menerajui Persatuan Suluh Budiman yang dianggotai sejak 1973 dan Persatuan Pendidikan Malaysia sejak 1975.
Tan Sri Datuk Profesor Dr. Awang Had Salleh (paling kiri) di Majlis Pelancaran Buku "Tanahnya Masih Merah" karya Datin Masnah Rais di Kelab Angkasapuri, Bukit Putera, Kuala Lumpur pada 27 Mac 1986
Tan Sri Datuk Profesor Dr. Awang Had Salleh (dua dari kiri) di Majlis Perasmian Seminar/Bengkel Komunikasi Pegawai Wanita Jabatan Penerangan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Dr. Ling Liong Sik Di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 28.10.1981

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Salleh selaku tokoh pembicara semasa Majlis Pengkisahan Sejarah Sultan Idris Training College (SITC) yang berlangsung pada 28 Ogos 1997 di Intitut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia :

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di http;//ofa.arkib.gov.my.

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Bin Salleh yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.

1. Tajuk : UCAPAN OLEH PROF. DATO' AWANG HAD SALLEH, YANG
      DIPERTUAN SULUH BUDIMAN PADA MAJLIS PEMBUKAAN
      KONVENSYEN PENDIDIKAN PERTAMA DI DEWAN BAHASA
      & PUSTAKA, T.T.
  Sumber : Nik Abdul rashid bin Nik Abdul Majid, Prof. Datuk
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/897749
       
2. Tajuk : TEATER NOVEL - BIRU WARNA (KARYA AWANG HAD SALLEH) -
      SALINAN V. 18/96
  Sumber : Arkib Negara Malaysia, Jabatan
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/930578
       
3. Tajuk : DR AWANG HAD SALLEH AND ENCIK HANAFIAH HUSSIN MEET
      DATUK HARRIS SALLEH.
  Sumber : Penerangan Malaysia Sabah, Jabatan
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1075130
Image