Surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah Darul Aman, 1882-1943

Surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Kedah Darul Aman, 1882-1943
Koleksi ini merupakan kumpulan surat-menyurat zaman pemerintahan DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-26 (1882-1943). Koleksi surat-menyurat ini dapat dikategorikan pada lima kumpulan utama. Antara lainnya, menyentuh mengenai surat perjanjian pajakan hasil mahsul negeri, penyata kewangan negeri Kedah dengan catatan yang terperinci, ketetapan Majlis Negeri dari 1905 hingga 1943, diari istana, yang antaranya, mencatatkan tentang lawatan King Chulalongkorn ke Langkawi, Alor Setar dan Kulim dalam tahun 1890.
Secara langsung, sumber ini telah dapat memperkayakan maklumat mengenai persejarahan negeri Kedah dan Tanah Melayu secara amnya. Melalui sumber ini juga, kita mendapat ganbaran mengenai situasi ekonomi, politik dan sosiobudaya termasuk pemakaian bahasa, melangkaui zaman-zaman penjajahan kuasa Timur dan Barat seperti Siam, British dan Jepun. Manuskrip bertulisan Jawi ini adalah salah satu daripada kumpulan naskhah bertulisan tangan yang terkandung dalam 14 buah buku. Manuskrip ini bertarikh dari tahun 1300 hingga 1362 Hijrah (1882-1943). Koleksi Sultan Abdul Hamid ini telah diiktiraf sebagai sebuah koleksi agung yang disenaraikan di bawah Memory of the World Register oleh UNESCO kerana keunikannya di mana ia merupakan satu-satunya bukti mengenai Kesultanan Melayu sebelum zaman pemerintahan kolonial British.
