Mesyuarat Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang Pertama, Kuala Kangsar, Julai 1897

Image
Gambar mesyuarat Durbar yang pertama
Image
Minit mesyuarat Durbar yang pertama
Mesyuarat Durbar merupakan Majlis Raja-raja dan Orang Besar-besar Melayu yang pertama diadakan di mana perkara-perkara mengenai agama, adat-istiadat dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dibincangkan. Terbitan ini mengandungi minit mesyuarat Durbar yang pertama yang berlangsung selama empat hari. Gambar menunjukkan raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai-pegawai British yang hadir. Duduk dari kiri ke kanan : Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P.Rodger (Residen Selangor), F.A.Swettenham (Residen Jeneral), Sultan Ahmad (Sultan Pahang), Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor), Sir Charles Mitchell (Pesuruhjaya Tinggi), Sultan Idris (Sultan Perak), Tuanku Muhammad (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan) dan W.H.Treacher (Residen Perak).
  1. Sultan-sultan dan pembesar-pembesar negeri bergambar bersama pegawai-pegawai British yang menghadiri Mesyuarat Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama yang diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897.
  2. Petikan minit mesyuarat Durbar pertama yang terdapat dalam terbitan bertajuk "Correspondence Respecting The Federation of the Protected Malay States 1893-1895".
Image