Dokumen Permohonan Pengampunan Sultan Abdullah, Perak

2007/0028713, 2002/0004654
Peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British yang pertama di Perak pada tahun 1875 telah membawa Sultan Abdullah ke Pulau Seychelles kerana dibuang negeri. Manuskrip ini mengandungi petisyen dan surat menyurat antara W.H.Hawley (Government House, Mauritius) dengan Sir Henry Holland, Secretary of State, berkenaan permohonan dari penduduk Pulau Seychelles yang menandatangani petisyen supaya Sultan Abdullah diberi pengampunan. Tarikh diliputi untuk bahan ini ialah di antara 6.5.1887 hingga 26.3.1892. Bahan ini boleh diperolehi daripada sumber koleksi Surat Persendirian Sultan Abdullah.
