Catatan Harian Kemasukan Jepun Ke Tanah Melayu

Catatan Harian Kemasukan Jepun Ke Tanah Melayu
Catatan harian ini telah ditulis oleh Encik Daud Bin Sulaiman Bin Mohd Salleh yang menceritakan mengenai peperangan British dengan Jepun yang berlaku dalam tahun 1942 di Batu Pahat dan di daerahnya. Serangan demi serangan dilakukan oleh Jepun terutamanya dari udara. Mereka menjatuhkan bom di kawasan-kawasan tertentu sepert di ladang getah, dan Bukit Belah Jalan Yong Peng. Kapal terbang Jepun mengelilingi bandar Penggaram dan berlaku pertempuran yang sangat besar sehingga menyebabkan orang Islam tidak dapat menunaikan solat Jumaat di Parit Besar kerana terpaksa melarikan dan menyembunyikan diri.
