Feri Pulau Pinang

Image
Tahun Awal Perkhidmatan

Diperkenalkan / Diusahakan Oleh

Lokasi Awal


: 1984


: Quah Beng Kee dan saudara


: Jeti Kedah, Pulau Pinang ke Province Wallesly Seberang Perai (Tanah Besar)
Perkembangan dan Peristiwa
Tahun
Perkembangan / Peristiwa
1924
Perkhidmatan Feri diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang
1929
Pertambahan perkhidmatan dua buah feri baharu yang diberi nama "Kulim" dan "Tanjong"
1938
Pertambahan sebuah feri baharu yang diberi nama "Bagan"
1941
Serangan tentera Jepun yang menyebabkan feri “Kulim” dan “Tanjong” tenggelam di perairan pelabuhan, manakala feri “Bagan” dibawa lari oleh tentera Jepun ke Sumatera.
1946
Feri "Bagan" diperbaiki dan beroperasi semula. (Selepas tamat perang dunia ke dua)
1956
Penubuhan Suruhanjaya Pulau Pinang
1957
Pertambahan perkhidmatan sebuah feri yang mampu membawa penumpang dan kenderaan jenis berat diperkenalkan dan diberi nama feri “Pulau Pinang”.
1959
Pertambahan perkhidmatan empat buah feri yang mampu membawa penumpang dan kenderaan jenis berat dan diberi nama feri “Pulau Aman”, “Pulau Langkawi”, ‘’Pulau Pangkor” dan “Pulau Tioman”
Perasmian dan pembukaan pangkalan feri baharu di Pulau Pinang (pangkalan Raja Tun Uda) dan di Butterworth (pangkalan Sultan Abdul Halim).
1994
Pengkorporatan Suruhanjaya Pulau Pinang kepada Penang Port Sdn. Bhd.
Sebelum adanya jambatan Pulau Pinang, perkhidmatan feri merupakan perkhidmatan terpenting di Pulau Pinang bagi menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar di Butterworth. Pada tahun 1984 perkhidmatan ini diperkenal dan diusahakan oleh Quah Beng Kee bersama saudaranya secara kecil-kecilan. Perkhidmatannya dikendalikan di antara Jeti Kedah, Pulau Pinang dengan beberapa tempat pendaratan di Province Wellesley, Seberang Perai di tanah besar.

Selepas pelbagai perkembangan dan peristiwa yang berlaku, perkhidmatan feri masih setia menabur baktinya di perairan Pulau Pinang. Sehingga kini terdapat lapan buah feri yang masih memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya yang bukan sahaja dari kalangan warga tempatan, malah juga dari kalangan warga luar negara.


Lapan buah feri tersebut ialah “Pulau Pinang”, “Pulau Payar”, “Pulau Angsa”, “Pulau Kapas”, “Pulau Rimau”, “Pulau Undan”, “Pulau Rawa”, dan “Pulau Talang-Talang”. Meskipun, pembangunan dan sektor pengangkutan di Pulau Pinang pesat membangun bersama persaingan sengit dengan pembinaan Jambatan Pulau Pinang serta pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, feri masih mempunyai unsur penarik yang sentiasa menggamit kenangan dan kehadiran pelancong ke Pulau Pinang.
Image
Gambar pemandangan feri "Malaya II" berlabuh d pengkalan
Image
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa merasmikan Pembukaan Pengkalan Feri di Pulau Pinang pada 23hb September, 1959
Image
Feri "Bagan" di Perairan Pulau Pinang
Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia          :
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Feri Pulau Pinang, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan, Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di www.ofa.arkib.gov.my.
Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Feri Pulau Pinang yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.
 
Tajuk:               List of Government Ferries Showing Prewar And Present Charges
Sumber:           Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat
URL:                 http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/564782
 
Tajuk:              Perdana Menteri Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Bersama Encik H.J                              Shailes, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sewaktu                                      beliau merasmikan pembukaan Terminal Feri Pulau Pinang yang baru                                pada 23hb. September 1959
Sumber:          Penerangan Malaysia, Jabatan
 
Tajuk:               Majlis Pengkisahan Pengangkutan Feri di Pulau Pinang.
Sumber:           Arkib Negara Malaysia, Jabatan
URL:                 http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1167372
 
Tajuk:               Maintenance of Chain Ferry Pontoon As Standby In Case Of Accident To                              Permatang Pauh Bailey Bridge.
Sumber:           Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat
URL:                 http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/560301
Image