Tun Dato' Haji Omar Ong Yoke Lin
Tun Dato' Haji Omar Ong Yoke Lin
Kehidupan Peribadi | ||
Nama | Omar Ong Yoke Lin | |
Tarikh Lahir | 23 julai 1917 | |
Tempat Lahir | Kuala Lumpur | |
Keluarga | Isteri, Toh Puan Hajjah Dr. Aishah Ong. Dikurniakan dengan tiga orang anak. |
|
Pendidikan | : | Victoria Institution |
Universiti London (1934) | ||
Kerjaya | : | Menteri Pos dan telekom (1955) |
Menteri Pengangkutan (1956) | ||
Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1957 - 1959) | ||
Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1959) | ||
Memangku Jawatan Menteri Pertahanan, Perdagangan dan Perusahaan dan Menteri Pertanian | ||
Menteri Tak Berjawatan (1970) | ||
Yang Dipertua Dewan Negara | ||
Sumbangan | Menyertai rombongan kemerdekaan ke London pada April 1957 | |
Ahli Jawatankuasa Penasihat Perang Negeri | ||
Ketua Pasukan Kawalan Kampung di Kuala Lumpur | ||
Ketua Perwakialan Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa (1957 & 1958) | ||
Ketua Perwakilan Malaysia ke Persidangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (1961 & 1962) | ||
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (1962) | ||
Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu (1962 - 1964) | ||
Pesuruhjaya Tinggi ke Kanada (1966) | ||
Duta Besar Malaysia Pertama ke Brazil (1967) | ||
Anugerah / Darjah Kebesaran | Panglima Mangku Negara (1959) | |
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (1970) | ||
Darjah Kebesaran Seri Paduka Darjah Selangor | ||
Darjah Kebesaran Seri Paduka Darjah Kinabalu (1973) | ||
Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (1979) | ||
Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Universiti Malaya (1981) | ||
Pingat Emas Kelas Pertama Negeri Sarawak (1988) | ||
Meninggal Dunia | ||
Tarikh Meninggal | 1 Julai 2010 | |
Tempat Meninggal | Persiaran Duta, Kuala Lumpur | |
Sebab - Sebab | Sakit Tua | |
Tempat Dikebumi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur | |
Tun Omar Ong Yoke Lin mengetuai perwakilan Kerajaan Persekutuan di rundingan bersama perwakilan Singapura, Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia di London pada September 1963. Tun juga berjaya mengusulkan rang undang-undang Kesatuan Sekerja dalam Majlis Undang-Undang Persekutuan tahun 1957 bertujuan melindungi pergerakan Kesatuan Sekerja dari diseludupi anasir subversif komunis dan mencegah penyalahgunaan wang Kesatuan Sekerja. Tun juga aktif menerajui pertubuhan kebajikan dan sukarela antaranya Persatuan Palang Merah, St. John's Ambulance dan Ahli Majlis PERKIM. Tun pernah dijemput menjadi tokoh pembicara dalam Majlis Pengkisahan Sejarah – Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pada 10 Oktober 1992 di Arkib Negara Malaysia.
En. Omar Ong Yoke Lin sedang mengangkat sumpah sebagai Menteri Buruh, Sosial dan Kebajikan. |
|
Yang Di Pertua Dewan Negara, Tun Omar Ong Yoke Lin mendengar lafaz angkat sumpah oleh Encik Law Hieng Ding, Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar pada 12.12.1979. |
|
Tun Omar Ong Yoke Lin bersama Presiden RISEAP, YTM Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Perasmian Seminar RISEAP di Kompleks Tabung Haji, Sungai Way, Subang, Selangor pada 4 Jun 1983 |
|
Tun Omar Ong Yoke Lin menyambut ketibaan Mr. Norman Eric Kirk, Perdana Menteri New Zealand di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur sempena lawatan beliau ke negara ini pada pada 18 -21 Disember 1973. |
|
Tun Omar Ong Yoke Lin semasa mengetuai lawatan PERKIM ke China. |
|
Tun Omar Ong Yoke Lin beramah mesra dengan Muhammad Ali. Muhamad Ali berada di Malaysia sempena ‘World Heavyweight Boxing Championship' Muhammad Ali vs Joe Bugner pada 1 Julai 1975 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. |
Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tun Omar Ong Yoke Lin, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di www.ofa.arkib.gov.my .
Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Tun Omar Ong Yoke Lin yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.
Tajuk | STATESMAN EXTRAORDINAIRE, TUN OMAR YOKE LIN ONG, 1917 - 2010 | |
Sumber | Omar Ong Yoke Lin, Tun | |
URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1101048 | |
Tajuk | UTUSAN MALAYSIA, 1 JULAI 2010 - TUN OMAR YOKE LIN MENINGGAL DUNIA | |
Sumber | Omar Ong Yoke Lin, Tun | |
URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1131885 | |
Tajuk | MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH KUALA LUMPUR " SATU DEKAD PENUH CABARAN 1946 - 1956" | |
Sumber | Arkib Negara Malaysia, Jabatan | |
URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1172740 | |
Tajuk | TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA BERSAMA DENGAN ENCIK ABDUL GHAFAR BABA DAN TUN OMAR ONG YOKE LIN DI MAJLIS PELANCARAN BUKU POLITICAL AWAKENING PADA 7 FEBRUARI 1987 | |
Sumber | Arkib Negara Malaysia, Jabatan | |
URL | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1281048 |