Dato' P.G. Lim
Dato' P.G. Lim
1. | Kehidupan Peribadi | ||
Nama | : | Lim Phaik Gan | |
Tarikh Lahir | : | 29 Jun 1918 | |
Tempat Lahir | : | London, united Kingdom | |
2. | Pendidikan | : | Convent Light Street, Pulau Pinang |
Girton College England | |||
Universiti Cambridge, London | |||
3. | Kerjaya | : | Peguambela dan Peguamcara |
Duta dan Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa - Bangsa Bersatu | |||
Duta Kerajaan Malaysia ke Yugoslavia | |||
Duta Kerajaan Malaysia ke Australia | |||
Duta Kerajaan Malaysia ke Belgium | |||
Duta Kerajaan Malaysia ke Persatuan Ekonomi Negara - Negara Eropah (ECC) | |||
Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) | |||
4. | Sumbangan | : | Timbalan / Pemangku Pengerusi Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1963 - 1971) |
Setiausaha Majlis Perundangan Malaysia (1955 - 1956) | |||
Ahli dan wakil dalam Cambridge Women's Fencing Club | |||
Ahli Jawatankuasa National Consultative | |||
Ahli Mediation Commision on Wage Structure antara MPIEA dan NUPW (1964) | |||
5. | Anugerah / Darjah Kebesaran | : | Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan - Pertubuhan Wanita Malaysia (1982) |
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (1997) | |||
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (1997) | |||
Merdeka Award (2009) | |||
6. | Meninggal Dunia | : | |
Tarikh Meninggal | : | 7 Mei 2013 | |
Tempat Meninggal | : | Perth, Australia |
Dato’ Lim Phaik Gan atau lebih dikenali dengan panggilan P.G. Lim, dianugerahkan “Red Bag” oleh Rt. Hon Sir’ Dingle Foot, Q.C, bekas “Solicitor General” di Britain atas sumbangan beliau membantu Sir Dingle menghasilkan Railwaymen’s Union of Malaya dalam usaha mendapatkan pengiktirafan sebagai Pegawai Kerajaan. Beliau juga merupakan tokoh pembicara Majlis Pengkisahan Sejarah – Wanita Di dalam Sejarah Malaysia pada 4 Oktober 1986 di Arkib Negara Malaysia.
Timbalan Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Puan P.G. Lim mengiringi DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail semasa Baginda melawat Balai Seni Negara, Kuala Lumpur pada 23 Februari 1965. |
|
Timbalan Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Puan P.G. Lim bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semasa menyaksikan Pameran Seni Hiasan Moden Jepun di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 15 November 1965. |
|
Puan P.G. Lim, menerima surat perlantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Belgium daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 11 Febuari 1977. |
|
Puan P.G. Lim mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein, melihat lukisan-lukisan yang dipamerkan selepas beliau merasmikan pembukaan Pameran Seni Lukis Malaysia di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada 29hb. Jun 1965. |
|
Pengerusi Lembaga Amanah, Professor Ungku Aziz Dan Timbalan Pengerusi, Puan P.G. Lim, menerima bagi pihak Balai Seni Lukis Negara, sebuah lukisan tembikar yang dihadiahkan oleh Kementerian Luar Jepun tang disampaikan oleh Tan Sri Fumihiko Kai di Kedutaan Jepun, Kuala Lumpur pada 15.8.1967. |
|
Puan Yang Terutama P. G. Lim, Bekas Duta Besar Malaysia ke Belgium dan Perutusan Malaysia ke Pertubuhan-Pertubuhan Eropah, beramah mesra dengan DYMM Yang DiPertuan Agong sewaktu beliau mengadap Baginda di Istana Negara pada 16.1.1980. |
Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia :
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dato’ P.G. Lim, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di www.ofa.arkib.gov.my .
Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Dato’ P.G. Lim yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.
1. | Tajuk | : | MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH WANITA: PUAN P.G. LIM (Dokumen) |
Sumber | : | Arkib Negara Malaysia, Jabatan | |
URL | : | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1187345 | |
2. | Tajuk | : | MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH WANITA: PUAN P.G. LIM (Video) |
Sumber | : | Arkib Negara Malaysia, Jabatan | |
URL | : | http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1187345 |