Tan Sri Haji Dol Ramli

Image

Tan Sri Haji Dol Ramli

Tokoh Pengkisahan Sejarah Media Massa 'Media- Pemangkin Kemerdekaan'
Nama:   Dol bin Ramli
Tarikh Lahir:   3 Oktober 1922
Tempat Lahir:   Dunlop Street, Singapura
Meninggal Dunia:   25 Januari 2011
Pendidikan:

 

 

 

  • Kampung Glam Malay School, Singapura (1929 – 1932)
  • Rangoon Road Government English School (1933-1936)
  • Raffles Institution, Singapura (1937-1940)Raffles College, Singapura (1941)
  • Universiti Malaya, Singapura
Kerjaya:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Guru
  • Penterjemah Melayu, Press Intelligence Office (1946-1948)
  • Jurubahasa Mahkamah Daerah
  • Penyampai Terjemahan Perkhidmatan Melayu, Radio Malaya (1948)
  • Ketua Bahagian Perkhidmatan Melayu, Radio Malaya
  • Ketua Radio Malaya
  • Ketua Pengarah Penyiaran
  • Wartawan Penyiaran di British Broadcasting Corporation (BBC) dan Australian Broadcasting Corporation (ABC) (1969 – 1974)
  • Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Pengarah Kumpulan Public Affairs of United Motor Works (M) Holdings Bhd. (1980-1989)
  • Pengerusi AMIC (Malaysia) Sdn. Bhd. (1996)
  • Ahli Lembaga Pengarah, PADUBUMI Sdn. Bhd. (1997)
  • Pengarah Inti Universal Bhd. (INTI College)

 

Sumbangan:

 

 

  • Ahli Jawatankuasa Malaysian Press Institute
  • Ahli Majlis Universiti Malaya, Timbalan Pengerusi Majlis Universiti Malaya
  • Presiden Persatuan Komunikasi Malaysia
  • Timbalan Pengerusi, Persatuan Sejarah Malaysia
  • Pengubah lirik dan muzik lagu “Bahasa Jiwa Bangsa”
Anugerah:  

 

  • Johan Mangku Negara (JMN) oleh Kerajaan Persekutuan (1966)
  • Pingat SMS oleh Kerajaan Negeri Selangor (1985)
  • Pingat JP oleh Kerajaan Negeri Kelantan (1986)
  • Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Kerajaan Persekutuan (2005)
  • Anugerah “Order of Sikatuna” oleh Kerajaan Filipina (1962)
  • Anugerah “Honorary Councilor” oleh Asia Pasific Broadcasting Union (1982)
  • Anugerah Wartawan Cemerlang Negara oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (2000)
  • Anugerah Tokoh Penyiaran di Festival Filem Malaysia ke-15 (2001)
  • Anugerah Seri Angkasa (2006)


Digelar sebagai Tokoh Penyiaran Tanah Air, Tan Sri Haji Dol Ramli yang berasal dari Singapura telah banyak menabur bakti dan sumbangannya kepada negara. Pernah menyumbang bakti sebagai pendidik, beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan. Kerjayanya sebagai seorang wartawan di dalam bidang penyiaran juga turut menjadi tunjang kepada pembangunan dan kemajuan sektor penyiaran negara. Semasa hayatnya juga beliau turut aktif di dalam bidang muzik dan merupakan antara penyumbang tenaga kepada penubuhan Orkestra RTM.

Tokoh terbilang ini telah menemui penciptanya pada 25 Januari 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah jantung dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang. Allahyarham turut meninggalkan seorang isteri beserta tiga anak lelaki dan dua anak perempuan. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara, kerana sewaktu hayatnya beliau merupakan insan yang banyak memberi sumbangan kepada negara terutamanya dalam bidang penyiaran.

Dol Ramli (pertama dari kiri), wakil Radio Malaya bersama kumpulan Radio dan Televisyen Asia tiba di Kuala Lumpur untuk kunjungan 10 hari melawat Persekutuan Malaya. Lawatan ini adalah bersempena program lawatan negara-negara Asia yang dianjurkan oleh United Nation Radio

Dol Ramli dan para pegawai kanan di Istana Tetamu semasa pernubuhan badan Penyiaran Persekutuan (Radio Malaya) pada 16 Januari 1959.   

Dol Ramli, Pengarah Radio Malaysia (Paling Kiri) di Mesyuarat di Antara Perwakilan-Perwakilan Malaysia dan Indonesia yang telah diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada 21hb Nov, 1966. 

Dol Ramli sedang memberi penerangan kepada DYMM Sultan dan Tengku Ampuan Selangor yang membuat kunjungan hormat di Radio Malaya, Kuala Lumpur.

Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tan Sri Haji Dol Ramli, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di www.ofa.arkib.gov.my.

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Tan Sri Haji Dol Ramli yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.

Tajuk      : LETTERS TO AND FROM CHE DOL RAMLI WHILE IN BORNEO

Sumber : Penerangan Malaysia, Kementerian

URL        : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/59640

Tajuk      : HARIAN METRO, 27 JANUARI 2011

Sumber : The New Straits Times Press (M) Berhad

URL        : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1107667

Tajuk      : SEMINAR PENGHAYATAN DAN PENGUKUHAN KEMERDEKAAN MALAYSIA: 11-13 SEPTEMBER 2000 DI HOTEL ISTANA JALAN  RAJA CHULAN KUALA LUMPUR, PENGALAMAN DAN PERANAN PENYIARAN DALAM MENGISI DAN MENGHAYATI  KEMERDEKAAN MALAYSIA OLEH DATO’ HJ DOL RAMLI, ANJURAN ARKIB NEGARA MALAYSIA & KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PELANCONGAN

Sumber  : Arkib Negara Malaysia, Jabatan

URL         :  http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1198023

 Tajuk       :  MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH MEDIA MASSA “MEDIA PEMANGKIN KEMERDEKAAN”

Sumber    :  Arkib Negara Malaysia, Jabatan

URL           http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1167587

Image