Datuk Haji Borhan Mohd. Yaman (BURMY)

Image

Datuk Haji Borhan Mohd. Yaman (BURMY)

Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan-Belia Arus Perjuangan dan Pengisian Kemerdekaan (Penulisan dan Gerakan)

1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Borhan Mohd Yaman
  Tarikh Lahir : 7 April 1929
  Tempat Lahir : Kg Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, Melaka
       
2. Kerjaya : Guru
       
3 Sumbangan : Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Melaka (1954)
      Setiausaha UMNO Negeri Melaka (1958 dan 1960 - 1961)
      Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka (1959 - 1969)
      Ahli Jawatankuasa UMNO Tanah Melayu (1961 - 1971)
      Ahli Jawatankuasa Lembaga Kemajuan Bahasa Kebangsaan (LKBK) di bawah Majlis Perbandaran Kota Melaka (1962)
       
4. Anugerah / Darjah Kebesaran : Ahli Mangku Negara (1963)
      Tokoh Budaya Melaka (1997)
      Darjah Gemilang Seri Melaka (2001)
      Tokoh Melayu Terbilang UMNO Melaka (2012)
       
5. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 29 Disember 2013
  Tempat Meninggal : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  Sebab - Sebab : Sakit Tua
  Tempat Dikebumi Tanah Perkuburan Islam Masjid Klebang, Melaka


Datuk Haji Borhan yang juga dikenali dengan nama penanya Burmy, terkenal sebagai seorang penulis dan ahli politik sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan aktif bersama Tun Abdul Ghafar Baba dalam memperjuangkan nasib orang Melayu menerusi UMNO. Beliau menjadi penulis Akhbar Merdeka, lidah rasmi UMNO bagi negeri Melaka. Beliau turut menulis di dalam Majalah Guru dan terkenal sebagai penulis rencana dan puisi yang bertemakan kebangsaan malah telah menggabungkan kegiatan politik dengan lapangan penulisan. Beliau turut memainkan peranan penting bagi menukar nama-nama jalan kepada nama-nama bercorak kebangsaan antaranya beliau mengusulkan penukaran Wolforstan Road kepada Jalan Bendahara, Main Road dan Eastern Road kepada Jalan Temenggong, Buona Vista Road kepada Jalan Hang Tuah, First Street kepada Jalan Hang Jebat, Second Cross Street kepada Jalan Hang Kasturi, Third Cross Road kepada Jalan Hang Lekir.
Cariah Bahan di Arkib Negara Malaysia:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Datuk Haji Borhan Mohd Yaman, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia di http://ofa.arkib.gov.my .
Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Datuk Haji Borhan Mohd Yaman yang terdapat di Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia.
1. Tajuk : SINOPSIS BICARA MAJLIS BICARA SEJARAH & PAMERAN KEMERDEKAAN – PERANAN PENULIS DAN PENULISAN TAJAMNYA SI MATA PENA PERANAN KEWARTAWANAN DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN TANAH AIR OLEH DATUK HAJI BORHAN MOHD. YAMAN (BURMY) 4 – 5 SEPTEMBER 2003 HOTEL CITY BAYVIEW, JALAN BENDAHARA, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH ANJURAN BERSAMA ARKIB NEGARA MALAYSIA MAJLIS GABUNGAN BELIA MELAKA DENGAN KERJASAMA PERBADANAN MUZIUM MELAKA INSTITUSI SENI MALAYSIA MELAKA.
  Sumber : Arkib Negara Malaysia, Jabatan
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1069816
       
2. Tajuk : MAJLIS BICARA SEJARAH DAN PAMERAN KEMERDEKAAN – PERANAN PENULIS DAN PENULISAN YANG BERTEMAKAN TAJAMNYA SI MATA PENA, 4 – 5 SEPTEMBER 2003 DI HOTEL CITY BAYVIEW, JALAN BENDAHARA, MELAKA
  Sumber : Arkib Negara Malaysia, Jabatan
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/923109
Image