Rang Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu Diluluskan

Image
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Perlembagaan Pulau Pinang Dan Negeri Melaka.
Pada 15 Ogos 1957, Rang Undang-undang  Perlembagaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  1957   telah  diluluskan dengan  sebulat  suara  oleh  Majlis  Mesyuarat  Undangan  Federal  yang  memberikan  taraf  Kemerdekaan  kepada Persekutuan  Tanah  Melayu   pada  31 Ogos  1957.  Usul  meminta supaya  Rang  Undang-undang  ini  diluluskan  telah  dikemukakan oleh  Ketua  Menteri  Persekutuan  Tanah  Melayu, YTM Tunku  Abdul  Rahman  Putra dan disokong oleh Encik  Shamsuddin  bin  Naim,  Menteri  Besar  Negeri  Sembilan. Dengan  lulusnya  Rang  Undang-undang  ini  bererti  mulai  31 Ogos  1957,  Negeri-negeri  Melayu  Bersekutu,  Pulau  Pinang  dan  Melaka  akan  menjadi  sebuah  Persekutuan  yang  dinamakan  Persekutuan  Tanah  Melayu.  Berikutan  daripada  itu  Perlembagaan  Persekutuan  Tanah  Melayu  Merdeka  mula  berkuatkuasa pada  31  Ogos  1957.
Image