Pengumuman Perlantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka

Image
Raja Tun Uda bin Raja Muhammad, Gabenor pertama Negeri Pulau Pinang
Image
Tuan Leong Yew Koh, Gabenor pertama Negeri Melaka
Pada 10 Ogos 1957, Raja Sir Uda bin Raja Muhammad, Speaker Majlis Mesyuarat Undangan Federal, yang pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Malaya di United Kingdom diumumkan sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Manakala Tuan Leong Yew Koh, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Persekutuan dilantik sebagai Gabenor Melaka yang pertama. Pelantikan kedua-dua Gabenor tersebut  dibuat oleh Baginda Queen Elizabeth II dan Majlis Raja-raja Melayu selepas berunding dengan Ketua Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra.  Kedua-kedua Gabenor yang dilantik ini kemudiannya  telah melepaskan semua jawatan yang dipegang dan mula menyandang jawatan tersebut selama dua tahun mulai Hari Merdeka, 31 Ogos 1957.
Image