Surat Khabar Jawi Peranakan, 1988

Image
Surat Khabar Jawi Peranakan, 1888
Jawi Peranakan adalah merupakan surat khabar Melayu yang pertama diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Surat khabar ini dicetak di Singapura dan mengandungi artikel mengenai Negeri-Negeri Selat, Johor, Selangor, Kedah dan juga Brunei serta Labuan, termasuk juga berita-berita ringkas mengenai hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar negeri terutama di Jawa, Sumatera dan kepulauan-kepulauan yang berdekatan. Jawi Peranakan merupakan surat khabar yang tertua dalam kumpulan surat khabar di Arkib Negara. Keluarannya yang terawal sekali yang ada dalam simpanan Arkib Negara ialah pada tahun 1888.
Image