Masjid Jamek Negeri Sarawak

Image
Masjid Jamek Negeri Sarawak dirasmikan pembukaanya oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohammad Noor pada 16 Rabiulawal 1411 Hijrah bersamaan 5 Oktober 1990. Masjid ini mempunyai sebuah menara setinggi 99 meter yang melambangkan 99 nama Allah SWT dan bentuk strukturnya yang seakan-akan bintang pula melambangkan pancaran Islam ke seluruh negeri Sarawak. Masjid yang terletak di Petra Jaya, Kuching ini berkeupayaan memuatkan jemaah sehingga 14,000 orang.
(Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)
Image