Y.M. Engku Datuk Ibrahim Bin Engku Ngah

Image

Y.M. Engku Datuk Ibrahim Bin Engku Ngah

Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak (Siri Kedua)
1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Engku Ibrahim bin Engku Ngah
  Tarikh Lahir : 15 April 1932
  Tempat Lahir : Kampung Raja, Besut Terengganu
  Keluarga : Engku Ibrahim merupakan anak sulung daripada
      11 orang adik beradik. Beliau berkahwin dengan
      Puan Sri Tengku Zahab dan dikurniakan dengan
      enam orang anak.
       
2 Pendidikan : Sekolah Melayu Kampung Raja, Besut
      Terengganu
      Sekolah Sultan Sulaiman, Terengganu
      Koleh Melayu Kuala Kangsar (1951)
       
3. Kerjaya : Penolong Pegawai Daerah, Kuala Terengganu
      (1953 - 1963)
      Penolong Setiausaha Kerajaan Perak
      (1963 - 1968)
      Pegawai Daerah Dinding, Perak
      (1968)
      Pegawai Kemajuan Negeri Kedah
      (1969 - 1972)
      Pegawai Kemajuan Negeri Sarawak
      (1972)
      Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Sarawak
      (1974)
      Setiausaha Persekutuan Sarawak Yang Ke - 7
      (1974 - 1980)
      Setiausaha Sulit DYMM Seri Paduka Baginda
      Yang DiPertuan Agong (1980 - 1985)
      Timbalan Ketua Setiausaha, Jabatan Perdana
      Menteri (1985 - 1987)
      Penyimpan Mohor Besar Raja - raja
      (1989 - 2011)
       
4. Sumbangan : Setiausaha Majlis Raja - Raja
      Ahli Persatuan Anak - Anak Yatim Wilayah
      Persekutuan
       
5 Anugerah / Darjah Kebesaran : Pingat Setia Diraja (PSD) (1983)
      Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota
      Selangor (DPMS) (1990)
      Darjah Dato' Setia Sultan Mahmud
      Terengganu (DSMT) (1991)
      Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) (1996)
      Panglima Setia Mahkota (PSM) (2002)
      Anugerah Tokoh Kemerdekaan (2011)
      Anugerah Maulidur Rasul (2011)
       
6. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 11.12.2012
  Tempat Meninggal : Hospital Selayang
  Tempat dikebumi : Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
       
7. Maklumat Tambahan    


Y.M. Tan Sri Engku Ibrahim Bin Engku Ngah pernah mengikuti kursus perjawatan ‘Establishment’ di Royal Institute of Public Administration, London dan kursus ‘Advance Management Programme di The Australia Administrative Staff College, Melbourne, Australia. Allahyarham juga merupakan tokoh Pengkisahan Sejarah Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak (Siri Kedua) yang telah diadakan pada 16 April 1998 di Arkib Negara Malaysia.

Pegawai Kemajuan Negeri, Engku Ibrahim Engku Ngah mengiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, melawat pameran Perusahaan dan Pertanian di Jalan Pandungan, Kuching pada 1 September,

Carian Bahan di Arkib Negara Malaysia:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Y.M. Tan Sri Engku Ibrahim bin Engku Ngah, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia di http://ofa.arkib.gov.my

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Y.M. Tan Sri Engku Ibrahim bin Engku Ngah yang terdapat di Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia.

1. Tajuk : YM ENGKU DATUK IBRAHIM BIN ENGKU NGAH PENYIMPAN 
      MOHOR BESAR RAJA - RAJA
  Sumber : Perdana Menteri, Jabatan - Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Manusia
  URL

http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/537796

       
2 Tajuk : A CENTURY OF THE CONFERENCE OF RULERS (1896 - 1996) BY
      DATO' NIK ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID, ASSITED BY Y.M.
      ENGKU DATUK IBRAHIM BIN ENGKU NGAH
  Sumber : Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid, Prof. Datuk
  URL :

http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/836519

       
3 Tajuk : SURAT KEPADA ENGKU DATUK IBRAHIM B. ENGKU NGAH MENGENAI 
      UCAPAN TERIMA KASIH ATAS TAHNIAH SEMPENA PENGURNIAAN 
      DARJAH SERI UTAMA NEGERI SEMBILAN (S.P.N.S.) OLEH YANG 
      DIPERTUAN BESAR N. SEMBILAN SEMPENA ULANGTAHUN YANG KE 73 PADA 19.7.1995 (17.8.1995)
  Sumber : Ahmad Sarji bin Abd Hamid, Tun. Dr.
  URL :

http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/833858

Image