Tan Sri Dato' Mohd Khir Johari

Image

Tan Sri Dato' Mohd Khir Johari

Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra


1. Kehidupan Peribadi    
  i. Nama : Mohamed Khir bin Johari
  ii. Tarikh Lahir : 29 Januari 1923
  iii. Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
  iv. Keluarga : Mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri
      Kelsom @ Che Tom Abdul Rahman (meninggal dunia
      pada 20.9.1994) dan mengahwini Puan Sri Christine Lim
      Abdullah pada Februari 1996.
      Beliau mempunyai sembilan orang cahaya mata.
       
2. Pendidikan : Kolej Sultan Abdul Hamid
       
3. Kerjaya : Menteri Muda Hal Ehwal Ekonomi (1956)
      Menteri Pelajaran (1957-1960, 1966-1968)
      Menteri Perdagangan dan Perusahaan
      (1960-1964, 1968-1973)
       
      Menteri Pertanian (1964-1966)
      Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (1973-1976)
       
4 Sumbangan : Presiden Persatuan Badminton Malaysia (25 tahun)
      Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia
      (15 tahun)
       
      Presiden Persatuan Tennis Malaysia (1994)
      Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia
       
5. Anugerah / Darjah : Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan dan Sains 
  Kebesaran   oleh De La Salle College, Manila (1967)
       
      Senatorship oleh Junior Chamber International 
      (1967)
       
      Panglima Mangku Negara (P.M.N) (1986)
       
      Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, Universiti Pertanian
      Malaysia (1987)
       
      Pingat Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor 
      (D.P.M.S) (1992)
       
      Langkawi Award – The Highest Tribute to Individual
      Malaysians for Outstanding Contributions in The
      Enviromental Field (1995)
       
      Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim
      Mu’adzam Shah (1997)
       
6. Meninggal Dunia    
  i. Tarikh Meninggal :  19 November 2006
  ii. Tempat Meninggal : Brickfield, Kuala Lumpurt
  iii. Sebab - Sebab : Serangan Jantung
  iv. Tempat Kebumi : Makam Pahlawan, Masjid Negara
       
7. Maklumat Tambahan    


Mesra dengan panggilan ‘Pak Khir’. Beliau pernah mewakili Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York pada Februari 1973. Mula berjinak dalam dunia politik sejak tahun 1946 sebagai Setiausaha Agong SEBERKAS dan sebagai Setiausaha Agong UMNO pada tahun 1954 serta turut dilantik buat kali kedua pada tahun 1966 hingga tahun 1969.


Menteri Pertanian dan Koperasi, Encik Mohd Khir bin Johari merasmikan Seminar Kebangsaan mengenai Persatuan Peladang pada 9 Disember 1963 bertempat Petaling Jaya, Selangor.
Menteri Pertanian dan Koperasi, Encik Mohd Khir bin Johari sedang merakamkan ceramahnya di program ‘Ruang Pertanian’, bersiaran setiap Sabtu jam 6.30 petang yang ke udara bermula 14 Disember 1963.
Menteri Pelajaran, Encik Mohamed Khir Johari yang juga Pemangku Menteri Penerangan dan Penyiaran, menerima satu naskhah majalah bergambar yang mengandungi gerakan-gerakan diplomatik corps dan cerdik pandai di Malaysia daripada Mr. Thomas Le, mewakili penerbit-penerbit majalah, pada 15 April 1965.
Majlis menandatangani Perancangan Perlaksanaan Projek Derma Khas Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya di antara Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan David Blickenstaff di Bilik Gerakan Pembangunan Negara, Kuala Lumpur pada 18 Disember 1965.
Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari menerima buku-buku pelajaran untuk kutub khanah Pusat Latihan Daerah daripada Sekolah Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 5 April 1965.

Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia            :

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tan Sri Dato’ Mohamed Khir Johari, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia di ofa.arkib.gov.my

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Tan Sri Dato’ Mohamed Khir Johari yang terdapat di Portal Online Finding Aids (OFA) Arkib Negara Malaysia.

1 Tajuk : MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH DAN FORUM SEHARI
      MENGENANG AMINUDDIN BAKI
  Sumber : JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1172309
       
2. Tajuk : MENTERI PELAJARAN, ENCIK MOHAMED KHIR JOHARI,
      PENERIMAAN KUNCI DAN SIJIL RAKYAT KE HORMAT HOUSTON
      CITY, TEXAS, AMERIKA SYARIKAT, DARI DR. CLANDE RHEA;
      APRIL 1965
  Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1373430
       
3. Tajuk : TABUNG PERTAHANAN NEGARA, ENCIK MOHAMED KHIR JOHARI 
      MENERIMA CEK DARI MAKTAB PERGURUAN BAHASA, KUALA
      LUMPUR; 25.2.1966
  Sumber : PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/1373651
Image