Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Image

Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Tokoh Majlis Pelancaran Buku ‘PERTIWI: Sebuah Perjuangan' & Pengkisahan Sejarah Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI)

    Dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kota Bahru, Kelantan. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan (sekarang Sekolah Rendah Zainab) Kota Bharu dari tahun 1948-1952 dan kemudiannya di antara tahun 1953 hingga 1957 beliau menuntut pula di Maktab Perempuan Melayu, Kuala Lumpur (dipindahkan ke Seremban dan ditukar namanya menjadi Kolej Tunku Kursiah). Setelah lulus Cambridge School Certificate, beliau melanjutkan pelajaran di St. Francis Insitution, Melaka sehingga lulus High School Certificate (HSC) pada tahun 1959. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963 dan Ijazah Sarjana Sastera pada taun 1965 daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dari tahun 1972 hingga 1975, beliau telah menyambung pengajian di Universiti Ohio, Amerika Syarikat hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Ilmu Linguistik. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim begitu sinonim dengan Universiti Malaya kerana selain mengikuti pengajian di situ sehingga ke peringkat sarjana, beliau juga telah berkhidmat di situ sebagai pensyarah khususnya di Jabatan Pengajian Melayu sehingga tahun 1999.

Penglibatan di dalam Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) bermula sejak 1967 lagi di mana beliau telah bersama-sama Datuk Zakiah Hanum, Dato' Hajah Rahmah Abdul Hamid, Datin Habibah A.Manan, Puan Sri Zaleha Jalil, Puan Sri Rogayah Rashid, Puan Azah Aziz, Datin Amnah Kamal dan Datin Asiah Ibrahim berusaha mengembleng tenaga bagi memperkukuh PERTIWI sehinggalah menjadi di antara pertubuhan wanita yang disegani hingga hari ini.

Kini, setelah 40 tahun penubuhan PERTIWI, beliau masih lagi aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti petubuhan ini dan sejak tahun 2001 beliau telah dilantik menjadi Ketua I PERTIWI sehinggalah hari ini.
Image