Encik Ibrahim Bin Hassan (Ibrahim Pendek)

Image
1. Kehidupan Peribadi    
  Nama :  Ibrahim bin Hassan
  Tarikh Lahir :  Tahun 1932
  Tempat Lahir :  Simpang Empat Jadam, Taiping Perak
  Keluarga :  Ibrahim bin Hassan dikurniakan 7 orang cahaya mata
       daripada dua perkahwinan
       
2. Pendidikan : Sekolah Melayu Kota Taiping, Perak
       
3. Kerjaya : Pelakon
       
4. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 25 November 2003
  Tempat Meninggal : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  Sebab - sebab : Penyakit Buah Pinggang dan Paru - Paru Berair
  Tempat dikebumi : Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras
       
5, Maklumat Tambahan    

Mendapat gelaran Ibrahim Pendek kerana dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil dengan ketinggian hanya 130 cm. Allahyarham Ibrahim Pendek berjinak dengan dunia lakonan pada tahun 1953 bermula dengan filem ‘Mangsa’ dan ‘Iman’. Beliau seterusnya berpeluang berlakon bersama dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Latifah Omar di dalam filem ‘Panggilan Pulau’. Kerjaya lakonan beliau terus berkembang dari sebuah filem kesebuah filem antaranya Anaku Sazali, Kipas Hikmat, Pusaka Pontianak, Siti Muslihat, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Si Labu Labi. Allahyarham Ibrahim Pendek mencipta sejarah menjadi pelakon Melayu pertama, berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962. Hajat beliau untuk mengembangkan bakat lakonannya di Hollywood tidak kesampaian kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan visa beliau. Beliau pernah dijemput menjadi tokoh pembicara dalam Majlis Pengkisahan Sejarah Tan Sri P. Ramlee pada 26 Mei 1999 di Arkib Negara Malaysia.


Ibrahim Pendek bersama pelakon A.Rahim dalam salah satu adegan Filem Ali Baba Bujang Lapok.
Ibrahim Pendek, S. Shamsudin dan H.M.Busra menjadi pelakon komedi Filem Melayu yang popular di negara ini suatu ketika dahulu.
Bintang komedi filem Melayu kesukaan ramai, Ibrahim Pendek
Ibrahim Pendek mendengar penerangan daripada Pengarah Hollywood, Bob Mulligan semasa penggambaran filem The Spiral Road pada tahun 1961.
Bersama seniman Ahmad Nesfu dalam filem Pusaka Pontianak pada 1965.
Ibrahim Pendek bersama rakan artis, dari kiri Abu Bakar Omar, Kuswadinata dan Datuk Aziz Sattar di Majlis Pembukaan Semula Pustaka Peringatan P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2002.

Carian Bahan di Arkib Negara Malaysia:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Encik Ibrahim bin Hassan, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia di http://ofa.arkib.gov.my.

Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Encik Ibrahim bin Hassan yang terdapat di Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia.

1. Tajuk : DUNIA FILEM IBRAHIM PENDEK, T.T.
  Sumber : Jaafar bin Abdullah
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/881640
       
2. Tajuk : TRANSKRIP TEMUBUAL DENGAN PAKCIK IBRAHIM BIN HASSAN
      (IBRAHIM PENDEK) PADA 6 SEPTEMBER 2000
  Sumber : Arkib Negara Malaysia, Jabatan
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/926064
       
3. Tajuk : WAWANCARA SEJARAH LISAN: IBRAHIM BIN HASSAN (IBRAHIM
      PENDEK), ENCIK
  Sumber : Arkib Negara Malaysia, Jabatan
  URL :

http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/852976

       
4. Tajuk : MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH TAN SRI P. RAMLEE DIRASMIKAN
      OLEH YM. DATO' TENGKU ALAUDDIN B. TENGKU ABDUL MAJID,
      TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA, KEM. KEBUDAYAAN, KESENIAN
      DAN PELANCONGAN MALAYSIA PADA 26 MEI 1999
  Sumber : Arkib Negara Malaysia, Jabatan
  URL : http://ofa.arkib.gov.my/ofa/group/asset/926760
Image