Encik Awang Bin Salleh

Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia
| 1. | Kehidupan Peribadi | ||
| Nama | : | Awang bin Salleh | |
| Tarikh Lahir | : | 23 Februari 1921 | |
| Tempat Lahir | : | Kampung Lubuk Bankong, Temerloh, Pahang | |
| 2. | Pendidikan | : | Sekolah Melayu (sehingga darjah empat) |
| Sekolah Inggeris (sehingga standard seven) | |||
| 3. | Kerjaya | : | Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia |
| 4. | Sumbangan | : | Pengiring Penaik bendera Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 |
| 5. | Anugerah / Darjah Kebesaran | : | Tiada |
| 6. | Meninggal Dunia | ||
| Tarikh Meninggal | : | 17 Disember 2001 | |
| Tempat Meninggal | : | Hospital Mentakab Pahang | |
| Sebab - Sebab | : | Ugib Secondary Pud With Septlaemia | |
| Tempat Dikebumi | : | Tanah Perkuburan Islam | |
| Kg Lubok Serdang, Mentakab, Pahang | |||
| 7. | Maklumat Tambahan | ||
Memulakan perkhidmatan dengan Pasukan Malay Navy mulai 10.12.1940. Diserapkan ke Cawangan Telegraphist dan bertugas di atas kapal HMS SCORPION. Pada akhir tahun 1941, beliau telah ditugaskan di HMS KELANTAN sebagai Wireless Operator. Beliau telah berlayar ke Colombo dan memasuki pasukan Gerila anti Jepun OSS 404 dan mendapat latihan di Kem Diolali dan Poona, India. Pasukan ini ditubuhkan untuk menyusup secara gerila dan mengusir pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Beliau kembali ke Tanah Melayu bersama Tentera Bersekutu pada bulan September 1945. Setelah Jepun menyerah kalah dan berundur, beliau berkhidmat dengan pasukan Malay Navy sehingga tahun 1947. Beliau bersara pada 15 Ogos 1958 secara rasminya dengan pangkat Bintara Kanan. Beliau kembali ke rahmatullah pada 17 Disember 2001 dengan meninggalkan isteri serta enam orang anak.
![]() |
|
(2006/19974) Acara Menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu sejurus selepas Pengisytiharan Kemerdekaan dilafazkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka, 31 Ogos 1957. Bendera dinaikkan oleh tiga orang Pegawai Tentera Laut iaitu Awang Bin Mohd Salleh, Sariff Bin Kalam Dan Oliver Samuels |

