Datuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Kehidupan Peribadi | |
Nama | : Sudirman bin Hj Arshad |
Tarikh Lahir | : 25 Mei 1954 |
Tempat Lahir | : Temerloh, Pahang |
Pendidikan | - Sekolah Rendah Kebangsaan Temerloh - Sekolah Rendah Abu Bakar , Mentakab (1963 - 1968) - Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh (1969 - 1971) - Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan (1972 - 1975) - Universiti Malaya (Fakulti Undang - Undang) (1976) |
Kerjaya | : Peguam, Pelakon, Kartunis, Penulis dan Usahawan |
Sumbangan | - Mewakili Malaysia menyertai World ABU Song Contest di Singapura (1985) - Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia (1986) - Timbalan Presiden Persatuan Penyanyi , Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) |
Anugerah / Darjah Kebesaran | - Juara Bintang RTM (1976) - Penghibur Terbaik TV di Anugerah Seri Angkasa (1978, 1985) - Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia (1986) (Lagu To Know Malaysia Is To Love Malaysia menjadi lagu tema semasa Kempen Tahun Melawat Malaysia) - Anugerah Bintang Cemerlang (1987) - Pingat Ahli Mangku Negara (1988) - Anugerah Bintang Popular (1989) - Asia's Number One Performer (1989) (SALEEM Asian Music Award, di Royal Albert Hall, London) - Malaysia's Guiness Stout Effort Award (1989) - Pingat Ahli Mahkota Pahang (1992) - Darjah Johan Mangku Negara (1992) - Malaysia's No. 1 Entertainer (NST) (1993) - Anugerah Industri Muzik (1993) - Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (2009) |
Meninggal Dunia | |
Tarikh Meninggal | : 22 Februari 1992 |
Tempat Meninggal | : Bangsar, Kuala Lumpur |
Sebab | : Radang Paru - Paru |
Tempat Kebumi | : Tanah Perkuburan Islam Kg Chengal, Temerloh |
Maklumat Tambahan | |
Allahyarham Dato’ Sudirman Hj. Arshad yang mendapat jolokan sebagai “The Singing Lawyer’, menempa nama di dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur yang berjaya memukau hampir 100 ribu warga kota untuk berpusu-pusu membanjiri jalan itu pada 15 April 1986. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah ‘‘Chow Kit Road”. Allahyarham juga merupakan penyanyi dari Malaysia yang pertama dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia di Asian Popular Music Award yang berlangsung di Albert Hall, London. Selain sebagai Penghibur, Allahyarham juga berbakat dalam penulisan. Allahyarham memenangi Hadiah Pertama dalam Mobil-Malaysian Association of Book Publishers Awards, anugerah bagi novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar pada tahun 1995, yang memuatkan pelbagai cerita kanak-kanak bagi melahirkan kanak-kanak pintar. Anugerah ini diterima selepas beliau meninggal dunia. Allahyarham juga menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu dan sebagai Residen Writer di Kumpulan Karangkraf. Beliau menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf waktu itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. Dalam dunia lakunan pula, Allahyarham pernah memegang waktu utama sebagai Tookoo dalam filem muzikal KAMI pada 1983. | |
![]() Sudirman Haji Arshad bersalaman dengan Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Syed Zahiruddin Al-Haj Bin Syed Hassan selepas dinobatkan sebagai Johan Bintang RTM di Melaka pada 1976. | ![]() Sudirman Haji Arshad, ketika menerima Anugerah A.M.N daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 1988. |
![]() Sudirman Haji Arshad semasa di Konsert di Albert Hall, London | ![]() Sudirman Haji Arshad semasa membuat persembahan di Albert Hall, London pada 1989. |
![]() Sudirman Haji Arshad, ‘The Singing Lawyer’ and ‘Asia’s Number One Performer’ | |
Carian Bahan Di Arkib Negara Malaysia: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dato' Sudirman Haji Arshad, anda boleh hadir ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia atau layari Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia di http://ofa.arkib.gov.my.
Berikut merupakan sebahagian daripada senarai bahan mengenai Dato' Sudirman Haji Arshad yang terdapat di Portal Online Finding Aid (OFA) Arkib Negara Malaysia. | |
Tajuk Sumber URL | : BUKU CATATAN PERIBADI SUDIRMAN NO.1 : Sudirman bin Haji Arshad |
Tajuk Sumber URL | : OBRITUARI UNTUK SUDIRMAN, 29 FEBRUARI 1992 : Maznah @ Siti Aishah Bt. Puter, Hajah (MAZPUTEH) |
Tajuk Sumber URL | : BAJU BENDERA MALAYSIA (DIPAKAI SEMASA MENGADAKAN PERTUNJUKAN DI STADIUM MERDEKA) : Sudirman bin Haji Arshad |
Tajuk Sumber URL | : SUDIRMAN - DWIDEKAD : EMI (M) SDN. BHD |





