Suruhanjaya Perlembagaan REID

Image
Ahli-ahli Suruhanjaya Reid di Majlis Makan yang diadakan oleh Dato' Tan Cheng Lock di No. 111, Heeren Street, Melaka pada 17 Ogos 1956
Sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan mengesyorkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya Reid dipengerusikan oleh Lord William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mac Kell (bekas Gebenor Jeneral Australia), Tuan B.S. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan). Suruhanjaya ini telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dan menerima 131 memorandum daripada pelbagai lapisan masyarakat dan organisasi untuk dikaji dari bulan Jun hingga Oktober 1956.  Antara perkara penting yang dibincangkan oleh Suruhanjaya ini ialah pembentukan sebuah Kerajaan Pusat, kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu, pelantikan seorang Ketua Negara berpelembagaan dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu.  Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Julai 1957.
Image