Menjejaki 31 Ogos 1957

Gelombang Pertama

1906

Kebangkitan nasionalisme dimulakan oleh anak-anak muda lepasan pengajian tinggi Timur Tengah. Tokoh-  tokohnya Sheikh Tahir Jalaluddin Al-Azahari Al-Falaki, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Muhammad ibn Salim Al-Kalali, Sheik Muhammad bin Akil, Sheikh Awad bin Saidin dan Haji Abas bin Taha.

1934

Raja Sir Chulan, Raja Dihilir Perak dan Dato’ Abdullah bin Haji Dahan, Undang Luak Rembau yang menjadi ahli Federal Council menuntut British berhenti membawa masuk pekerja-pekerja buruh dari China dan India tanpa sekatan ke Tanah Melayu. Mereka juga menuntut ditubuhkan pasukan tentera yang khusus untuk orang-orang Melayu. Dari cadangan ini tertubuhlah pasukan Askar Melayu.

23 Julai 1906

Majalah Al-Imam diterbitkan dan menjadi wadah bagi tokoh-tokoh ini menyuarakan tentangan terhadap British. Mereka membawa konsep ajaran Muhammad Abduh dari Mesir. British pula menggunakan ulama- ulama dan tokoh-tokoh agama di Tanah Melayu untuk menentang golongan ini atas alasan berlawanan dengan ajaran Islam.

Mereka tidak dibenarkan oleh tokoh-tokoh agama dan pembesar-pembesar negeri Melayu masuk ke Tanah Melayu di mana pusat kegiatan mereka ketika itu ialah di Singapura dan Pulau Pinang. Atas tekanan-tekanan tersebut, British berjaya melemahkan perjuangan mereka menjelang tahun 1920. Sekalipun akhbar-akhbar Neracha, Warta Malaya, saudara dan Al-Ikhwan terus diterbitkan tetapi suara golongan ini sudah mula mengendur.

1935

Raja Sir Uda dan seorang peguam, Tengku Ismail menubuhkan parti politik bercorak kenegerian iaitu   Persatuan Melayu Selangor diikuti oleh Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad yang menubuhkan Persatuan Melayu Pahang dan Tengku Muhammad Nasir menubuhkan Persatuan Melayu Negeri Sembilan.

1922

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim di Perak telah ditubuhkan bagi mendidik guru-  guru Melayu. Ini adalah salah satu pusat pengajian untuk anak Melayu selain dari Kolej Melayu Kuala Kangsar yang dikhaskan untuk anak kerabat diraja dan pembesar-pembesar Melayu.

Image
Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Di antara tokoh MPSI ini ialah O.T.Dussek, Za’ba, Abdul Hadi bin Hassan dan Harun Muhammad Amin. Mereka memainkan peranan penting menanamkan semangat kebangsaan di kalangan guru-guru Melayu.

Image
Zainal Abidin Ahmad (Za'ba)

1937 - 1938

Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menguasai akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan kemudian menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Image
Majlis, salah sebuah akhbar yang menyuarakan penentangan terhadap dasar British
Image
Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), nasionalis yang berjuang melalui bidang penulisan.

1929

Ibrahim Haji Yaakob, seorang tokoh pelajar berumur 18 tahun menubuhkan gerakan politik haram ‘Ikatan Pemuda Pelajar’. Dalam tahun 1930, ditubuhkan pula ‘Ikatan Semenanjung Borneo’.Lain-lain tokoh pelajar ialah Muhammad Isa Mahmud, Hassan Haji Manan, Yaakob Muhammad Amin dan Abdul Karim Rashid.

1941

Seramai 200 orang ahli KMM ditangkap oleh British   kerana dikatakan bersubahat dengan Jepun. Semasa pendudukan Jepun, mereka menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).

Gelombang Kedua

1946

Malayan Union diperkenalkan. Dato’ Onn yang pernah menjadi salah seorang pemimpin KRIS menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung,Johor. Beliau kemudian menganjurkan Kongres Melayu Se-Malaya untuk menentang Malayan Union pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg.Baru, Kuala Lumpur. Melalui kongres tersebut lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO).

Sebanyak 41 pertubuhan menyertai kongres tersebut termasuk rakan-rakan Dato’ Onn dari KRIS yang telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Image
Dato' Onn bin Jaafar, pemimpin Melayu yang menyemarakkan semangat menenta penjajahan British berucap di Balai Besar, Alor Setar, Kedah, 1947
Image
Kongres Melayu SeMalaya 1946 mengumpulkan semua persatuan Melayu bagi menentang Malayan Union sehingga membawa kepada penubuhan UMNO.

Cawangan-cawangan UMNO ditubuhkan dengan pemimpin-pemimpinnya terdiri daripada kalangan bangsawan dan juga rakyat biasa. Berpegang kepada slogan ‘Hidup Melayu’, perjuangan UMNO ketika mula digerakkan adalah untuk membubarkan Malayan Union dan mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Perjuangan UMNO ini turut mendapat saingan hebat dari parti-parti kiri. Perjuangan parti-parti kiri ini mendapat sokongan kuat dari badan-badan kesatuan buruh dan lain-lain parti yang kemudiannya bergabung membentuk All Malayan Council Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. Parti-parti kiri Melayu seperti PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan lain-lain parti turut bergabung membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 22 Februari 1947. PUTERA dan AMCJA kemudiannya bergabung dan dikenali sebagai PUTERA-AMCJA.

Perjuangan UMNO mendapat sokongan padu daripada Raja-raja, pembesar-pembesar Melayu dan rakyat jelata. Hasil dari perjuangan yang gigih, akhirnya sebuah jawatankuasa telah dibentuk terdiri dari wakil-wakil kerajaan British, Raja-raja Melayu dan UMNO bagi mengkaji pembentukan sebuah kerajaan untuk menggantikan Malayan Union.

 

1948

Malayan Union dibubarkan dan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

1951

Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO berikutan cadangannya supaya UMNO membukakan pintu kepada lain-lain kaum mendapat tentangan hebat dari ahli-ahli UMNO.

Wakil-wakil bahagian UMNO seluruh Malaya dihantar ke Johor Bahru untuk memujuk Dato’ Onn kembali memimpin UMNO. Rayuan dari wakil-wakil UMNO ini telah diterima oleh Dato’ Onn dan beliau kembali memimpin UMNO. Beberapa bulan kemudian, Dato’ Onn sekali lagi meninggalkan UMNO kerana cadangannya untuk membuka pintu keahliannya kepada kaum-kaum lain sekali lagi ditolak.

Gelombang Ketiga

Pucuk pimpinan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1951. Bagi memberi tumpuan penuh kepada UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah meletak jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Slogan UMNO kemudian diubah dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’. Dato’ Onn telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Negara bagi menyaingi UMNO.  

1954

Satu perarakan menuntut kemerdekaan oleh ahli-ahli UMNO dan MCA diadakan di Kuala Lumpur pada 7Julai 1954.

Tunku bersama rombongan UMNO-MCA bertolak ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada British tetapi rundingan ini menemui kegagalan.

Image
Perarakan menuntut kemerdekaan yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur disertai oleh ahli-ahli UMNO dan MCA, 7 Julai 1954.

20 Februari 1956

Kepulangan rombongan rundingan kemerdekaan Tunku tiba dari London. Di padang Banda Hilir, Melaka Tunku mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas itu, pemasyhuran tarikh kemerdekaan Malaya turut ditandatangani oleh ahli- ahli rombongan tersebut.
Image
Tunku Abdul Rahman Putra diiringi menuju ke padang Banda Hilir, Melaka untuk mengisytiharkan tarikh kemerdekaan pada 20 Februari 1956.

27 Julai 1955

Dalam Pilihanraya Persekutuan yang diadakan, Parti Perikatan, gabungan UMNO-MCA-MIC berjaya memenangi 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan.

Image
Rombongan rundingan kemerdekaan bertolak ke London pada 18 Januari 1956.

27 Jun 1957

Raja-Raja Melayu meluluskan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

27 Disember 1955

Rombongan kedua untuk merundingkan kemerdekaan berangkat ke London. Anggota rombongan terdiri daripada Tunku (Ketua), Dato’ Razak, Kolonel H.S.Lee dan Dr. Ismail, Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab, Abdul Aziz Majid, Datuk Mohd. Seth, Datuk Nik Ahmad Kamil, Abdul Kadir Shamsuddin dan T.H. Tan. Mereka bertolak dengan kapal laut Asia dari Singapura pada 1 Januari 1956 jam 5.00 petang. Dari Singapura mereka menuju ke Karachi dan kemudiannya menaiki kapalterbang ke London.

5 Ogos 1957

Majlis Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di antara Sir Donald MacGillivray, wakil kerajaan British dan Raja-raja Melayu beserta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di King’s House, Kuala Lumpur.

18 Januari 1956

Rombongan rundingan kemerdekaan bertolak ke London.

30 Ogos 1957

Stadium Merdeka dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada pagi 30 Ogos.

Tepat jam 12 tengah malam, di Padang Kelab Selangor, bendera Union Jack diturunkan  dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

8 Februari 1956

Tunku menandatangani perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Alan Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British jam 10.00 pagi di Lancaster House. Tarikh    kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

Image
Majlis menandatangani Perjanjian Merdeka di antara Tunku Abdul Rahman Putra dan Alan Lennox-Boyd di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956.

31 Ogos 1957

Upacara pengisytiharan kemerdekaan negara diadakan di Stadium Merdeka.

Image
Tunku melaungkan ’Merdeka’ di upacara pengisytiharan kemerdekaan negara di Stadium Merdeka, 31 Ogos 1957.
Image